Wednesday, August 20, 2008

Kenapa Memilih Penyusuan Badan?

Sesungguhnya segala ciptaan Allah ada hikmatnya.

Susu ibu yang dijadikan Allah mempunyai pelbagai khasiat. Di sini diletakkan serba sedikit khasiat susu ibu, serta kelebihannya.

1. Penyusuan secara eksklusif bagi 6 bulan pertama hayat bayi adalah mencukupi untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan bayi secara optimum. Susu ibu menyediakan perlindungan berterusan terhadap cirit-birit dan masalah pernafasan bayi.

2. Penyusuan badan juga membantu dari segi nutrisi, imunisasi, psikologi, dan ekonomi.

3. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula. Susu lembu mengandungi dua kali protein berbanding susu ibu. Oleh itu, bayi yang minum susu formula mendapat protein yang berlebihan. Najis bayi yang minum susu formula adalah lebih keras disebabkan mereka tidak mampu menyerap protein berlebihan tersebut. Bayi yang minum susu ibu pula menyerap 100% protein yang terdapat di dalam susu ibu. Najis bayi yang menyusu badan juga tidak berbau.

4. Ibu yang tidak menyusu badan mempunyai risiko kanser payudara dan rahim yang lebih tinggi berbanding ibu yang menyusu badan.

5. Penyusuan badan dapat membantu mengecutkan rahim. Rahim ibu yang tidak pernah menyusu badan tidak akan dapat kecut kembali seperti sebelum mengandung. Menyusu badan juga membantu ibu mendapatkan kembali bentuk badan seperti sebelum mengandung dengan lebih cepat. (Ini adalah pengalaman saya sendiri - berat badan saya berkurangan berbanding sebelum mengandung anak pertama!). Ini adalah kerana penyusuan badan memerlukan 500 kalori sehari.

6. Bayi perempuan yang minum susu formula mempunyai risiko kanser payudara yang lebih tinggi - erk, saya dulu minum formula. maknanya risiko saya untuk mendapat kanser payudara lebih tinggi! memang patut pun saya menyusu badan! ini yang menambahkan lagi semangat nak menyusu badan!

7. Susu ibu meningkatkan pertumbuhan otak dan IQ anak.

8. Susu ibu sentiasa tersedia untuk si anak, serta berada dalam 'pakej' yang lebih cantik - thehehehe

9. Susu ibu mengandungi imuniti terhadap pelbagai penyakit dan membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi. Bayi yang menyusu badan jarang sakit kerana si ibu akan memindahkan antibodinya kepada bayi melalui susu tersebut. - semasa anak pertama saya kena chicken pox, anak kedua saya tidak berjangkit walaupun si abang selalu berdekatan dengan si adik. ini adalah kerana saya telah pun mengalami chicken pox semasa kecil, dan saya telah transfer antibodi saya terhadap chicken pox kepada anak kedua saya. - Bayi yang menyusu badan juga terlindung (bukan sepenuhnya) dari penyakit pneumonia, bronkitis, ear infections dan macam-macam lagi.

10. Penyusuan badan dapat membantu menyokong keperluan emosi anak serta mengeratkan lagi hubungan antara anak dan ibu.

11. Susu ibu mempunyai nutrisi lengkap untuk bayi. Susu ibu adalah custom-made mengikut keperluan bayi tersebut. Ianya mengandungi peratusan lemak, kabohidrat dan protein yang bersesuaian untuk peringkat umur bayi. Tiada susu formula yang dihasilkan mampu memberikan nutrisi yang betul-betul bersesuaian dengan keperluan tubuh bayi. Susu ibu juga sentiasa berada dalam suhu yang bersesuaian dengan keperluan bayi.

12. Susu ibu yang melahirkan anak pra-matang adalah khusus untuk bayi tersebut. Tidak ada susu formula yang dapat menghasilkan susu begini.

13. Susu formula meningkatkan risiko penyakit diabetes. Susu ibu pula dapat mengurangkan risiko diabetes Type 2.

14. Bayi yang menyusu badan membantu mengurangkan keperluan insulin ibu yang berpenyakit diabetes.

15. Bayi yang minum susu formula lebih mudah terdedah kepada pelbagai alahan - inilah yang terjadi kepada anak sulung saya :(

16. Susu ibu mengurangkan risiko athma.

17. Susu formula mungkin meningkatkan risiko SIDS (sudden infant death syndrome)

18. Bayi yang minum susu formula mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat 'childhood cancer'. Studi menunjukkan bayi yang minum susu ibu untuk sekurang-kurangnya sebulan mepunyai 21% peluang yang lebih rendah untuk mendapat leukimia, dan 30% untuk bayi yang menyusu badan selama 6 bulan.

19. Penyusuan badan melindungi bayi daripada beberapa masalah penglihatan.

20. Bayi yang minum susu formula lebih berisiko untuk obes - saya lah tu. Susu ibu pula mengurangkan risiko mendapat kolestrol tinggi.

21. Penyusuan badan = kurang EL atau MC untuk ibubapa. Memandangkan bayi yang menyusu badan jarang sakit, atau jika sakit pun cepat sembuh, maka ibu atau bapa tidak perlu ambil cuti lama untuk jaga anak.

22. Penyusuan badan sebagai kaedah merancang keluarga secara semulajadi. Kebanyakan wanita yang menyusu badan tidak datang haid selama 6 bulan selepas bersalin. Penyusuan waktu malam menggalakkan lagi tempoh 'periodlessness'. Tetapi bukanlah bermakna ibu yang menyusu badan tidak boleh mengandung langsung selama tempoh penyusuan eksklusif. Semuanya takdir Allah - kalau sudah rezeki, Insyaallah boleh mengandung juga.

23. Penyusuan badan lebih mudah berbanding susu formula. Tidak perlu membancuh susu, hanya selak baju dan tawarkan susu kepada bayi. Tidak perlu berbelanja untuk susu formula. Kerana susu ibu adalah percuma! Ianya hadiah dan anugerah dari Allah untuk hambaNya.

24. Susu formula sangat mahal. Mungkin ada yang bertanya, pam juga mahal kan? Tetapi jika dilihat secara jangka panjang, pam yang dibeli adalah untuk tempoh selama 2 tahun. Katakan satu pam berharga lebih kurang RM500. Jika RM500 dibahagikan dengan 24 bulan = RM20.83! Cukupkah RM20.83 untuk stok susu formula selama sebulan?? Itu pun jika untuk satu anak sahaja. Bagaimana pula jika pam tersebut turut digunakan untuk anak kedua, ketiga dan seterusnya? Bukankah lebih murah?

25. Susu ibu bertindak sebagai 'ubat penenang' kepada bayi dan ibu. Bayi biasanya lebih tenang selepas minum susu ibu. Ibu juga merasa lebih tenang selepas menyusukan atau selepas mengepam. Ianya mengurangkan tekanan darah. Susu ibu juga dapat mengurangkan rasa sakit pada bayi. Jika bawa bayi anda untuk pengambilan vaksin, adalah elok untuk segera menyusukannya selepas dicucuk. Ini dapat mengurangkan rasa sakit bayi anda serta meningkatkan keberkesanan vaksin tersebut dalam tubuh bayi.

26. Susu ibu lebih sedap berbanding susu formula. Susu ibu rasanya lebih manis sedangkan susu formula rasanya lebih payau dan pekat. Betul! Saya sendiri pernah rasa susu saya (nak pastikan basi atau tidak) dan saya terkejut sebab susu saya rasanya manis. Sedangkan susu formula anak sulung saya baunya saja sudah meloyakan.

27. Susu ibu yang segar (fresh breast milk) tidak mengandungi bakteria, malahan susu ibu sendiri adalah anti-bakteria.

28. Penyusuan badan membantu pembentukan rahang dan gigi. Penyusuan adalah baik untuk pembentukan gigi dan rahang bayi kerana bayi perlu menggunakan 60 kali lebih tenaga semasa menyusu. Perlakuan ketika menghisap susu akan membantu pembentukan rahang yang sempurna dan gigi yang tersusun. Semakin lama tempoh penyusuan, semakin berkurangan masalah pergigian = kos berkaitan dengan masalah pergigian dapat dikurangkan/dielakkan. Juga membantu bayi untuk cepat bercakap.

29. Penyusuan badan melindungi ibu dari anemia kerana kebanyakan ibu menyusu tidak datang haid selama 6 bulan.

30. Bayi yang menyusu badan biasanya mempunyai kulit yang lebih cantik.

Banyak lagi kelebihan penyusuan badan yang tidak saya senaraikan di sini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari http://www.promom.org

0 comments: